Thursday, May 17, 2018

Ramadhan 2018

SALAM RAMADHAN

Marhaban Ya Ramadhan
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa & 
Solat Sunat Terawih





Wednesday, May 16, 2018

Hadiah Hari Guru

Selamat Hari Guru
2 0 1 8
buat semua tenaga pengajar
yang bergelar cikgu ustaz ustazah
pensyarah dll

Tahun ni ziyad dah pandai minta hadiah untuk hari guru
tahun lepas tak berapa faham lagi agaknya
lagipun  dekat sekolah maybe cikgu pun ada bgtau kot
sebab balik dia cakap tecer suruh bawa hadiah yang paling besar
hahaha  apa2 la adik oiii

pada mulanya ummi memang tak ada idea 
nak bagi apa untuk cikgu ziyad
kebetulan ummi ternampak dalam instagram
makeover frame gambar
ummi sangat berkenan
nak tempah jauh sangat nun di ipoh sana

so ummi buat keputusan untuk cari frame dan deko sendiri


frame-frame ni ummi beli kt kedai faberet ummi
eco shop
satu rm2.12
beli tujuh ketoi sbb cikgu ada tujuh orang


banyak barang2 untuk deco memang dah sedia ada
ummi cuma tambah sticky memo jer
beli kat MR DIY
kedai faberet ummi juga ni hahaha
satu RM 2.50


ummi memang suka buat kerja last minit
lepas ziyad tidor kul 10.30 baru ummi gigih 


hampir 1.30 kot baru setel semuanya
fuhhhhhh #sakitpingang


bangun pagi tengok hadiah sangat teruja hahaha
lepas tu tanya pulak ummi kek takde ke kek
adoiii anak...mana la ummi nak cari kek pagi2 buta nih
sebab ummi dah tanya,cikgu kata jamuan hari guru sambut sekali dengan hari raya nanti
so ummi memang takde la prepare apa2 selain hadiah



Tuesday, May 15, 2018

Rumahku Syurgaku

assalamualaikum

hampir setahun gambar ni ada dalam henpon akak
rasanya masa raya haji last year..sbb balang kuih pn ada ats meja kopi :)
sebelum akak delete baik  simpan dalam blog
buat kenangan

perangai akak suka ubah2 deko
tapi bukan la maksudnya tukar2 perabut ke apa
suka alih2 dan tukar2 tempat
padahal rumah sekangkang kera ja
alih-alih pun dok tang tu juga
haha x pa janji puas hati kannn

hampir 10 tahun akak minat dengan deko ala-ala english ni
dan sampai sekarang pun masih minat benda yang sama juga
cuma sekarang deko tak seghairah macam dulu la
maybe sebab faktor usia 
dan juga maybe sebab ada anak kecik
so masa dan tenaga tu dah makin berkurang

ada juga orang ckp ada anak kecik tak boleh nak cantikan/deko rumah
bagi akak  ada anak ke tak da anak ka sama ja
kalau dah minat tak ada sebarang alasan lagi
sibuk macamana pun mesti kita nak rumah kita kemas
cuma kalau ada anak kecik kita kena la pandai susun atur barang2
kalau boleh jangan letak benda yang senang dicapai
terutama benda yang mudah pecah

macam rumah akak pun tak selalunya kemas
ada juga time tungang langgang
masa ambik gambar mesti la nampak yang elok2 ja kan
okey nanti akak kongsi keadaan rumah  akak tengah lintang pukang pulak
hahaha biasanya time ziyad main memang huru hara la











sekadar berkongsi minat saja
jumpa lagi di lain waktu
byeee

Monday, May 14, 2018

hepi isnin

nam hari kat kampung
tak puas rasanya
dok kampung rasa tenang dan aman ja
apa boleh buat
rezeki ada di sini kan

JOM KEJA JOM 






RINDU 

RINDU MAK
RINDU KAMPUNG 
:( 

Tuesday, May 08, 2018

Selamat mengundi


selamat malam 
dan selamat bercuti
jangan lupa kewajipan kita
kepada negara
besok pagi

SELAMAT MENGUNDI

jadilah pengundi yang bijak
memilih pemimpin 
yang kita suka

UNDI ITU ADALAH RAHSIA

korang mengundi di mana???

akak mengundi di kampung
jelapang padi

jom balik kampung



babai home sweet home :)

Friday, May 04, 2018

wallpaper raya

Tak lama lagi kita nak sambut raya kan
so jom kita kemas/deco apa yang patut
nanti bulan posa tak kalut dah

wallpaper dulu akak beli ada lebih
pagi mingu takda apa nak buat
kebetulan mood rajin pulak ada
so akak tampal kat dinding bahagian luar rumah

ni gambar sebelum


longgokkan semua barang2 kat luar 

kabinet kasut tu alihkan ketepi dulu
sebab kat luar umah dah penuhkan
kabinet kasut tu pun hasil makeover akak sendiri
lebih kurang 9 tahun yg lalu
asalnya kaler hitam...tp akak dh bedakkan dia
tu yang jadi kaler putih
akak pernah ceritakan kat SINI

nampak tak???
gigih akak mengwallpaperkan dinding luar
ala-ala bata bata 
wallpaper ni dah ada gam so tak payah nak taruk2 gam lagi
dia macam sticker 
bila kita dh lekatkan ke dinding
kita ambik kain lurutkan biar nmpak kemas
supaya dia tak mengelembung
hasilnya........
akak suka sangat sangat

settel....
satu perangai akak klu ada satu perubahan atau benda baru
suka tengok ulang-ulang
macam ni kejab-kejab buka pintu
kejab intai kat luar
perasan sangat
mcm la cantik nauu
tapi akak suka...suka sangat
hahaha

wallpaper tu akak beli kat kaison
segulung rm19.90
utk ruangan ni akak pakai 2 gulung

korang tak nak cuba ker????

Thursday, May 03, 2018

ziyad turn 4

TEROBEK

buat anakanda 
muhammad ziyad zikry bin abdullah
Selamat Hari Lahir Yang ke empat (09-10-2017)

sambutan besday ziyad tahun lepas
hampir 6 bulan dah berlalu
tetap ummi nak abadikan di sini
buat kenang2an ziyad di masa akan datang

kali ini ummi bercadang nak sambut besday ziyad kat taman
gigih ummi google cari idea 
dan juga cari info majlis kat taman
antara risiko yang kena hadap 
ialah masalah cuaca 
takut hujan ke ribut ke
dan juga takut nanti kena marah dengan penjaga/pengawal  
hahaha..mana la tau kan...semua tu bermain di fikiran ummi
tapi tak kot, sebab ummi buat biasa2 jer
bukan luar biasa pun...hahaha

malam sebelum ummi berdoa semoga esok pagi cuaca cerah
dan moga allah permudahkan semuanya

pagi dalam pukul 9 camtu ummi & acik dah kuar
menuju ke taman layang-layang kepong
ziyad ummi tinggalkan dengan anjang & pak njang
kalau bawa sekali takut tak jadi keja nanti
dalam perjalanan tak putus-putus berdoa agar jumpa tempat yang sesuai 

dalam 9.30 camtu dah sampai
alhamdulillah senang dapat parking
tapi jenuh juga la ummi berangkut barang2 dengan acik
sampai sengit2 bahu pikul beg ...hahaha

syukur sangat-sangat sebab dapat tempat mngadap tasik
walaupn jauh nak ulang alik ke kereta
tapi ummi puashati
pemandangan yang cantik
angin yang sepoi2 bahasa

ok jom kita layan gambar


acik tengah siapkan tempat
mula-mula rasa malu & segan juga
 orang lalu lalang semua pakat pandang n jeling2
tapi lama2 buat tak tau ja lah
janji keja setel
hahaha


tema kali ni kereta
dan kaler oren
ziyad sangat obses dengan kaler oren
semua benda nak kaler oren


nampak tak gigih ummi & acik 
bentukkan buah2 tu macam kereta
hahaha ada taya bagai
chess tart tu ummi tempah


 berlatar belakangkan tasik
cantik kan...


ummi bagi contoh keta sport
tapi org yng ummi tempah kek tu x pandai katanya
apa2 lah janji ada rupa kereta
kannn


acik farhana 
yang banyak menyumbang tenaga


ummi jemput sedara & kawan terdekat jer


time ni tengahari 
orang pn dah tak berapa ramai
sebab tengah rembang kan mna ada orang joging :)


nasib ada pokok...panas jer heret tikar cari tempat redup
nanti panas datang lagi kita heret lagi
hahaha


my lovely family
ziyad , ummi & acik
ayah & ummi long
anjang & pak njang
kak icha & adik kasih


dengan kawan2 ummi
mana yg datang awal jer sempat bergambar
lepas makan dah lupa bergambar dah


besday boy
suke dapat banyak pistol & senapang


hepi besday sayang


Ziyad & ummi


besday boy ralit main keta
tu la keta yang ummi bg contoh tu
yang kaler oren
kala jer betul
hahaha


4 tahun sudah


kemain posing lagi besday boy ni


bff ziyad
zulaikha datang lambat 
lepas ziyad potong kek baru dia sampai


kesayangan ummi


ummi sayang adik


semoga anak ummi ini akan jadi insan yang berguna 
& penyejuk hati ummi
moga diberi kesihatan yang baik
di murahkan rezeki berpanjangan
dan diberkati dunia & akhirat
aamiin

ZIYAD TURN 1
ZIYAD TURN 2
ZIYAD TURN 3

P/S ~ tahun ni ummi belum fikir lg nak buat kat mana
tak lama dah...lg lima bulan jer lagi

Thursday, April 26, 2018

koleksi my son

ingat ummi jer ker ada koleksi
dia pn nak jugak...hahaha
 koleksi ummi pinggan mangkuk jer

ziyad paling suka mainan tembak tembak
pantang jumpa mesti nak beli
tak kira pistol ker senapang ke pistol air ke
janji boleh tembak
kadang sampai dia sendiri pn tatau nak pilih yang mna satu
sebab pilih yang ni dah ada
pilih yang tu pun dah ada...hahaha

besday dia tahun lepas bnyak dapat hadiah pistol
kemain suka lagi

hari tu dia kuarkan semua mainan pistol dia
pastu  susun atas lantai
dari dapur akak senyap2 ambik gambar
hahaha sekali dia nampak daaaa

ziyad : ummi ummi jab jab...adik nak susun elok2 dulu
Ummi : okey lah cepat susun
ziyad : okey dah siap...cepat ummi ambik gambar
hahaha tau aja dia ummi nak ambik gambar ya

kalau hari cuti celik ja mata mesti cari pistol dulu
ada juga time buat perangai nak tido pn letak pistol sebelah bantal
kalau nak g mana-mana pun pistol mesti bawa
kadang2 nak p tadika pn bawa tapi tingal dlm keta la
tadika tak boleh bawa mainan kan

cuma kadang2 nak g jalan2 pandai pula tak nak bawa
 tapi akak tau sangat taktik dia
tak nak bawa sebab nanti klu jumpa kedai mainan
tak dapat la dia nak membeli
sebab kat tangan dah ada
cuma kadang tu tak makan saman juga
nama pn budak2 kan
nak juga beli

main pistol ke hulu ke hilir
tapi bila akak tanya nak jadi polis ke askar
adik nak jadi bomba katanya hahaha
kalau bomba kenapa suka pistol
adik nak tembak air....
apa-apa la adik oiiiii

tapi dia memang suka sangat dengan pistol air
cuma kat rumah diharamkan main pistol air
kecuali g mandi-manda
atau g padang baru boleh main
hahaha ummi memang kejam




gigih menyusun


susun ikut saiz


muka bangga hahaha


hari cuti gini la gayanya


 berpeluh2 kepala pun nk juga pakai topi 

ikut ummi g opis pn bawa


aduhhhh nak g tadika pn bertopi pistol bagai



sementera kecik ni layan jer lah
esok2 dah besar tak de nk main semua ni dah
hanya akan tinggal memori terindah


Welcome