Thursday, July 12, 2018

raya kan sebulan

dah habis raya kat kampung sambung beraya kat kola lumpur pula
akak tak ada buat open house tahun ni
tapi sapa nak datang beraya kat umah boleh jer
janji bgtau awal takut tak ada kat rumah naya jer kan

mingu sebelum ni adik ipar almarhum suami akak datang dari melaka
anak dia bgtau pun dah pukul 10 pg camtu dah
so tak de lah nak bersiap sedia hidangan yang hebat2 hahaha
masak apa yang ada jer lah
kebetulan masa tu tengahari so masak untuk makan tengahari terus


akak masak 
sambal tumis udang + kentang
ayam masak kicap
ikan kembong rebus air asam
sayur kailan


alhamdulillah silaturrahim tak pernah putus
walaupun sudah masuk tahun 8 tahun almarhum PERGI


anak beranak
ateh & dak mardziah


belah malam kawan kol nak singgah
dah pukul 10 mlm dah
so makan apa yang ada jer lah
akak tambah bihun goreng
wlupn tetamu kata tak payah buat apa2 dah
apa salahnya sekali sekala raikan tetamu 


mingu lepas pagi akak g open house
balik rumah dah petang
anakbuah sebelah suami (almarhum) kol kata nak datang rumah
terus bersilat kat dapur 


akak masak
mee goreng mamak
spaghetti bolognese


nampak !!!!
ummi nak ambik gambar sibuk dia nk interprem


nak interprem sangat kannnn


tungu tetamu


 anak buah



 malam pula 
akak jemput jiran-jiran yang rapat  
kalau dah berjumpa memang riuh rendah la
bersembang sampai x sedar dah tengah malam
hahaha
sedar-sedar dah pukul 12 lebih


seronok la ziyad
ada kawan main
kawan nak balik pun tak kasi 
hihhi



tetamu balik jer akak terus kemas rumah
cuci pingan mangkuk segala
lipat karpet sapu sampah mop lantai
kutip kain baju mana yang dah kering
sbb sidai kat belakang dapur jer
so memang tak kena embun


sila abaikan kain yang berlongok tu
tu kain yang dah kering
esok pagi baru nak lipat
 kain kering akak memang tak masukan dalam bakul
sepok camtu jer
sebab kalau masuk dlm bakul ntah bila nak lipat
sepok macam tu cepat sikit lipatnya
semak mata memandang kalau lambat2


kalau hari biasa memang rumah akak lapang macam ni jer
senang nak sapu or mop
ziyad nak melompat pn senang :)


No comments:

Post a Comment

Welcome