kosi rotan

>> Friday, May 25, 2018


 dah lama akak berkenan dengan kosi rotan ni
dekat ikea ada, tp kaler rotan ori (coklat)
dulu ikea memang ada keluarkan kaler putih
tp sekarang tak tau la akak pegi tak pernah nmpak lak yg putih
klu yang coklat tu memang ada la
dulu satu rm60
sekarang tak tau cz dah lama akak tak p ikea
nak beli yang coklat malas  
kang nak kena spray cat putih pulak

kebetulan hari tu akak ternampak kat group fb barang2 terpakai
ada kosi rotan putih untuk di jual
terus akak whassap tuan dia
harga rm220 sekali dengan penghantaran
sebab dah berkenan so akk terus pinang
siap minta kurang lagi
hahaha dapat la rm200
2 kosi 1 meja kopi 
ok sangat2 walaupn barang second 
tapi cantik lagi
memang akak puas hati sangat2
tercapai hajat di hati



ni set kosi jati anggur yang lama
sebab rumah akak ni besar sangat hahaha
so memang tak ada tempat nak sumbat lagi dah


so kosi ni akak pas kat adik akak pulak
sayang juga sebab dah lebih 20 tahun beli
tapi tak apa la adik sendiri kan
turun temurun gitu
harta pusaka
hahaha


kenangan daku bila tengok kosimu :)

Read more...

anak oh anak

>> Thursday, May 24, 2018


Semalam ambik beg sekolah ziyad 
nak ambik baju kotor dan gantikan baju baru untuk esoknya
sekali tengok macam kembong ja beg ni
padahal isi bju 2 pasang
dan buku ada 2 ketoi ja

sekali buka zip depan
ada pistol 
bukan satu ja
sekali dua dia bawa 
masa mana dia sumbat pun tak tau la

lepas tu buka pulak poket tepi
aduhhh macam2
keta la train la aeroplane la
macam2 ada

ziyad...ziyad :)



bawa g tadika bukan boleh main pun
dok dalam beg tu ja la
sebab kt tadika beg simpan dlm rak kat luar
hanya ambik buku ja bawa masuk
agaknya dapat bawa pn satu kepuasan dah kot
wlupn tak dapat main
hahaha... alahai anak anak
macam-macam

Read more...

rumah macam kapal pecah

>> Wednesday, May 23, 2018

sebelum ni kongsi yang helok2 ja kan
kali ni kongsi yang tunggang langang pulak
hahaha

kalau dah ada anak kecik ni biasa la kan
 rumah berselerak tabur tu normal 
kita tak boleh nak sekat2
biar ja apa yang dia nak main
sebab budak2 ni kalau kita larang lagi la dia nak mencuba

kat hall kalau hari cuti akak akan lipat semua karpet
untuk memudahkan ziyad main..
dia nk naik basikal ke nak lari2 ke
tak de masalah
lgpn akak pakai karpet patchwork jer
senang angkat ketuk2 kibas2 lipat

selagi tak nampak menan berselerak 
kat lantai memang dia takan puashati



nampak ????
muka bangga dapat punggah menan dari dalam bakul
lepas tu dia masuk duduk dalam bakul tu
apa comey sangat perangai nih
hahaha


ha ni pun sama
bungkus dengan tuala mandi
senang hati dok dalam bakul sambil tengok upin ipin


 lepas main akak akan biasakan ziyad kemas balik mainan dia
dan akak suruh asingkan macam lego, binatang,keta, robot, pistol
 nanti senang nak main tak payah nak korek2 cari dalam bakul 


alhamdulillah 
sebab dari kecik akak dah ajar lepas main mesti kemas
kalau tak kemas nanti ummi tak beli dah mainan
ada juga kadang mood dia tak nak kemas
kalau dia tak nak kemas akak biarkan jer
jangan kemas...nanti kalau dia nak apa2 ker suh dia kemas dlu baru akak bagi
ataupun kebetulan nak kuar ke...suh dia kemas dulu baru boleh ikut...
 malam nak tidur suh kemas dulu baru boleh masuk bilik
selagi tak kemas tak boleh masuk 
ziyad kalau kemas memang betul2 punya kemas....
mainan yang jatuh bawah kosi ke meja ke semua dia kutip satu pn tak tinggal
kadang sampai akak pun tak percaya yang dia dah siap kemas
sampai tanya dia balik....betul ke adik dah kemas habis
dia kata kalau tak percaya jom tengok
hahaha....memng licin dia kutip
good boy sangat ni 

p/s~ ada banyak pic lagi...nanti akak kongsikan


Read more...

Minggu Pertama Ramadhan

>> Tuesday, May 22, 2018

alhamdulilllah 
bertemu lagi kita di bulan ramadhan yang mulia ini
semoga amalan kita semakin bertambah 
dan sempat khatam al quran dalam masa sebulan ini
insyaallah

Iftar Day 1
Hari pertama puasa akak keluar dari opis pukul 4 ptg
balik memang jem giler lahhh
ambik ziyad pun dah pukul 6.10
sepatutnya 5.30 dah kena ambik
sbb bulan puasa atas 5.30 dah  cas
klu hari2 biasa atas 6.50 baru cas
lpas ambik ziyad singgah param (pasar ramadhan)
dah tau memang tak sempat masak 
sampai rumah dah 6.30
asar pun belum lagi 

semua beli kat param
nasi kerabu
kuih nona manis
donat (lg 2 biji dah masuk dlm perut ziyad)
air tembikai


Iftar Day 2
pengalaman semalam sampai rumah lambat
so hari kedua dan seterusnya akak akan keluar opis pukul 3.30

akak masak
ayam masak merah 
peria goreng tepung 

beli kat param
cucuq udang
popia goreng

air kosong 


Iftar Day 3

akak masak 
mee goreng
cekodok ikan bilis

air soya 


kuih kaswi ni adik akak bagi
lupa..lepas berbuka baru teringat :)


Iftar Day 4
Hari minggu berbuka di rumah abang akak
semua juadah kakak ipar yang masak
kami cuma beli tembikai ja 

mee kari
puding oreo
roti sosej
nasi tomato
ayam masak merah
daging masak hitam
air asam




first time bawa ziyad berterawih kt surau
alhamdulillah terkawal lagi la...
risau juga takut dia berlari2 menganggu org solat ke apa ke
akak pilih dok belakang dan tepi sekali
senang ziyad dok sebelah
ramai juga budak2 main kat belakang
tapi dia dok ja sebelah akk cuma kadang2 ja intai kat belakang
dia buat hal dia ja






p surau pun tetap nak bawah pistol
ni betul2 jaga ummi dia ni ...hahaha
memang tak boleh nak kata apa dah
akak bagi bawa satu ja
ingat betul la dia bawa satu
dah sampai surau baru perasan ada lagi satu dia selit kat pinggang rupanya
adehhhhh.....budak panjang akal ni
sel otak berhubung sangat :):)

Read more...

Balik Kampung PRU14

>> Saturday, May 19, 2018

demam pru masih terasa
10 hari dah pun berlalu
 9hb mei tarikh kita mengundi
insyaallah panjang umur 5 tahun lg kita jmpa PRU15 pulak

akak mengundi kat kampung
 nun di utara negeri jelapang padi
iaitu daerah kubang pasu
ni kali ke 5 kot akak mengundi

bertolak balik dalam jam 11 mlm cmtu
masuk ja tol jalan duta dah jem
terpaksa hadap la kan...
masing-masing nak balik menunaikan tangung jawab
terhadap negara malaysia tercinta


kereta memang banyak sangat
 tak boleh nak drive laju-laju
tiga kali kot berhenti kat rnr tido
mata tak boleh nak buka
subuh dekat rnr gunung semanggol/bkt merah
sampai kampung jam 8pagi

mandi siap-siap terus g sekolah utk mengundi
tak jauh pun jalan kaki jer g sekolah
masing-masing mendapat sorang satu
cop dakwat kekal


undi itu adalah rahsia :)


alang-alang dah cuti tu akak sempat berkunjung ke rumah kawan lama
lebih kurang 30tahun kami tak jumpa
dulu dok hostel kami sebilik
cuma baru-baru ni ja pakat jumpa  dalam group whatsap
bila dh terjumpa balik ni gembira tak terkata


masa untuk balik ke sarang
demi mencari sesuap nasi 
hahaha
jom balik kolompo


nampak biru ja kan...
sebab bendera hijau malam mengundi tu petugas2 dah turunkan
tu yang nampak biru tua & muda ja ada
 sampai hari tu akak lupa pulak nk ambik gambar
dah nak balik baru ingat
kalau masa balik tuari lagi meriah la dgn bendera


tengok si ziyad ni
pantang tengok ummi dia tak drive
nak  menempek ja atas riba ummi
sanggup bersempit2


sempit-sempit pun sedap ja dia membuta
maklumlah atas tilam peha empok :)
adehhh dengan bantal busuk dia lagi


sempat singgah batu kurau taiping
jumpa sorang lagi kawan
sebilik juga dulu
ni pun sama dekat 30thn kami tak jumpa
dia pun tak berapa sihat sekarang
jumpa pun sekejap ja sebab masa tak berapa mengizinkan
insyaallah umur panjang jumpa lagi di lain waktu
tak puas rasanya jumpa hari tu
tak dapat borak lama-lama


teruskan perjalanan ke kolompo
alhamdulillah sampai rumah dalam 10 mlm cmtu


ni ja yang sempat bawa dari kampung
daun limau purut & bunga kantan
klu kat sini nak guna 3 4 helai ja...beli seikat lepas tu buang sebab kecut
ni cukup la untuk bln puasa ni 
akak suka masak asam pedas letak daun limau purut
tak suka daun kesum
bunga kantan pun tak suka
untuk laksa boleh la


mangga muda


kuah rojak
air tangan mak akak 
kalau balik kampung memang tak pernah miss
kuah rojak tersedap di dunia:)


menitik ailo tengok
posa posa
sabar sabar



selamat berbuka










Read more...

Hari Minggu

>> Friday, May 18, 2018


tak lama lagi kita dah nak sambut raya
jadi banyak benda yang nk kena buat
so akak buat sikit-sikit 
dekat nak raya nanti tak kalut sangat


keluarkan semua pinggan mangkuk dalam almari


acara mendobi pinggan mangkuk ayun
dan keringkan


akak cuci waktu malam 
lepas tu keringkan
esok bangun dah boleh susun terus dalam almari/rak dah


ni pulak segala mak nenek tin-tin


dah siap susun
koleksi kesayangan ni
ROSES
xceli tak pernah guna pun koleksi ni 
sebab rasa macam tak praktikal pulak klu nk guna
cz bunga roses tu timbul kedabak rasa
nk minum pn takut hahaha
beli sebab cantik


koleksi vantage
koleksi ni kdg akk guna juga untuk harian
sbb kadang boring tgok bunga yang nu
guna corak yang ni
klu yang ni pun boring
guna yang kosong ja hahaha
yang putih bersih
made in ikea
akak suka pingan ikea yang putih tu ringan macam corellle
murah pn murah rm2.90 kot sebiji
tapi vantage yang ni pun ringan juga tau
lambung tak pecah
tapi kalau jatuh hancur lebur
hahaha
so kalau rasa nak lambung
pastikan cepat-cepat sambut :)


Read more...

Ramadhan 2018

>> Thursday, May 17, 2018

SALAM RAMADHAN

Marhaban Ya Ramadhan
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa & 
Solat Sunat Terawih





Read more...

Hadiah Hari Guru

>> Wednesday, May 16, 2018

Selamat Hari Guru
2 0 1 8
buat semua tenaga pengajar
yang bergelar cikgu ustaz ustazah
pensyarah dll

Tahun ni ziyad dah pandai minta hadiah untuk hari guru
tahun lepas tak berapa faham lagi agaknya
lagipun  dekat sekolah maybe cikgu pun ada bgtau kot
sebab balik dia cakap tecer suruh bawa hadiah yang paling besar
hahaha  apa2 la adik oiii

pada mulanya ummi memang tak ada idea 
nak bagi apa untuk cikgu ziyad
kebetulan ummi ternampak dalam instagram
makeover frame gambar
ummi sangat berkenan
nak tempah jauh sangat nun di ipoh sana

so ummi buat keputusan untuk cari frame dan deko sendiri


frame-frame ni ummi beli kt kedai faberet ummi
eco shop
satu rm2.12
beli tujuh ketoi sbb cikgu ada tujuh orang


banyak barang2 untuk deco memang dah sedia ada
ummi cuma tambah sticky memo jer
beli kat MR DIY
kedai faberet ummi juga ni hahaha
satu RM 2.50


ummi memang suka buat kerja last minit
lepas ziyad tidor kul 10.30 baru ummi gigih 


hampir 1.30 kot baru setel semuanya
fuhhhhhh #sakitpingang


bangun pagi tengok hadiah sangat teruja hahaha
lepas tu tanya pulak ummi kek takde ke kek
adoiii anak...mana la ummi nak cari kek pagi2 buta nih
sebab ummi dah tanya,cikgu kata jamuan hari guru sambut sekali dengan hari raya nanti
so ummi memang takde la prepare apa2 selain hadiah



Read more...

Welcome