Friday, July 07, 2017

syawal 2017

Salam 13 syawal
hamboi dari syawal 2016 terus melompat syawal 2017
hhmmm....setahun tak update
tak kisah la kan...sendiri punya blog sukati la kannnn

kita raya ahad 25hb june2017 
khamis 22hb akak dah bertolak balik ke kampung halaman
takut jem punya pasal :)

selamat hari raya 
maaf zahir & batin
dari kami


sebelum balik tukar duit baru dulu 



sebab sampai kampung awal so banyak la masa 
jom kita buah kuih siput dulu
nanti raya ada juga nak kunyah2 sambil tgok tibi

siap menguli


gentel jangan tak gentel


taraaaaaaaaa
bukan main mengentel
dapat tak sampai sebalang pn
huhuhu
#kesatpeloh  


raya klu tak dak ketupat palas x sah la kan 
klu dok belah utara nu
wajib ada tiap umah
akk tolong ambik gambaq ja
suh buat serender la 
memang tatau 
x reti nk balut
so ni bahagian mak akak
tok tun


semua kuih tunjuk....
kuih siput & apam palkodot ja yg sdn bhd


alaaaa ank ummi nomey nomey ni
baju mcm biasa tok tun yg jahit
alhamdulillah tok tun masih boleh menjahit lagi 
walaupun kesihatan kdg2 x berapa mengizinkan...
doakan agar tok tun diberikan kesihatan yang baik....aamiin...



bukan main susah lagi nak ajak si kecik ni bergambar
jenuh berkelai
jenuh pujuk


ummi & ziyad di pagi syawal


posing dulu untuk kenangan


menjamu selera di pagi raya




kami tujuh beradik bersama bonda tercinta (tok tun)




family potret




bersama bonda & adik2 yg masih single n available :)
acu atam n acik

acik & anak2 buah
tak cukup lg 2 org
tatau p merayap mana


free style

family abang 


Adik lelaki & family
tak cukup korum....anak dia lelaki 2 orang 
yang sulung n no 2 tak tau p beraya kt mana
tak balik2 lg


adik perempuan & suami



acik & ziyad

ziyad & sepupu sepapat



cer tengok camna si kecik ni bergambar
ngada ngada sangat nih



jenuh pegang
kira nak lari ja adoiiiii

last2 ummi tangkap dukung
hahaha


 




Thursday, July 06, 2017

kenduri kahwin adik pompuan


Tarikh : 08.06.2016 (Raya ke3) tahun lepas punya ya
Tempat : jitra kedah

dekat2 setahun sudah x update
malas sunguh....faktor usia yg nmpak sgt ketara kan....
gambar2 ni pn dah hampir setahun peram dlm draf
sbb dah ada so nak juga upload...hahaa
untuk kenangan katanya :)

jom kita layan gambar2 kt bawah 

dengan gigihnya akak siapkan pelamin ni 
berangkut bagai barang2 dari kolompo
fuhhhh penuh sumbat barang dlm keta
smpai x ada ruang


pelamin buat kat anjung rumah mak 
rumah atas ni memang jarang2 sekali kitaorang naik
biasa kalau raya atau kenduri bapa2 saudara balik 
baru meriah rumah atas ni
sbb ni rumah pusaka so derang memng akan tido umah ni
kalau hari biasa
cuma sesekali mak akak naik mengemas atau buka semua tingkap
bagi udara / angin masuk sikit


pelamin untuk nikah n sanding sama jer
pada mulanya memng rasa nak buat lain2
sbb nak dalam gambar ada kelainan la sikit kan
tapi bila sampai masa tak hadonyaaa
penat oiiii
banyak keja nak buekkk


nak ambik gambar pun tak sempat
gambar bilik ni pun cilok dr fb adik ja
abaikan kain yg longok dpn tu 


nak juga deko tangga


doof gift untuk tetamu


selain dari gula2 n pop corn untuk budak2
nak tau door gift apa yang akak bagi hahaha
tiga sekawan
bunga lawang, bunga cengkih & kulit kayu manis


isi dalam balang yang comel ni
senang bawa balik
terus letak kat dapur :)


gelas ni beli kat ikea
sekotak 6 bji 3.50 kot
beli 100 kotak
bagi untuk org kg (pakat kg)


sponsor baju untuk mak2 sedara
sepupu sepapat


bunga lama


tukar bunga baru


makanan lauk pauk


rojak buah legend nih
mak akak buat 


laksa
adik ipar buat


aiskrim
sepupu sponsor


teh tarik kawwwww


anak buah akak
yang gigih jd photographer x bertauliah :)


sedara2 semua pakai baju yang di sponsor
lelaki t,shirt


ni masa angkat nikah
petang raya ke2








ni pada hari kenduri
briesdmaid semua sepupu2 n anakbuah






makan jangan tak makan :)



rombongan pengantin lelaki



ni sepupu2 akak yang gigih membantu


dalam dok sibuk2 masa bila tah budak2 ni pn sibuk berposing
hahaha mcam2 gaya ada
patut masa pengantin bergambar derang tgok ja
bila semua dah turun semua pakat ambik tempat 
haha tengok2 gambar diorang penuh hp





budak kecik ni pn bukan main lagi
ummi ajak berganbar juai mahai
bila dgn geng ewahhh suka nooooh


kek hakak sponsor :)



ni hadiah untuk cabutan bertuah
saja suka2 nak bagi untuk org kampung yg banyak membantu
bagi menjayakan majlis ni



bff akak dok pontian 
kebetulan raya balik kampung bagan serai
alhamdulillah sampai juga dia


ni abang sulang akak


time ni mmng penat gilerrrr 
macam nak tercabut pinggang kaki bagai
teman mak akak tungu kat depan
tolong bagi gift utk tetamu
yang lelaki tu adik lelaki akak


hanya mampu duduk jer
dah petang time ni
tapi masih mampu bagi senyuman manis lagi
hihihi


pic family
tak cukup korum
anak akak ziyad tidoq
anak buah pompuan sorang hilang tak tau mana p
adik laki bongsu akak pn tak dak
p kedai kot
tak pe lah tangkap mna yang ada
klu nk tungu semua ada 
hhmmm ntah2 takde gambar


free style

 alhamdulillah wlupn penat sangat sangat sangat
tp serius memng penat #taktipu
tak larat sampai tahap kena nangis la malam tu hahaha
mengada sangat nih
mengadu kat mak tau2 ayaq mata meleleh laju jaaaa
hahaha
tak tau la kot penat campur gembira sama kot
sebab majlis dah selesai

Welcome