Thursday, April 26, 2018

koleksi my son

ingat ummi jer ker ada koleksi
dia pn nak jugak...hahaha
 koleksi ummi pinggan mangkuk jer

ziyad paling suka mainan tembak tembak
pantang jumpa mesti nak beli
tak kira pistol ker senapang ke pistol air ke
janji boleh tembak
kadang sampai dia sendiri pn tatau nak pilih yang mna satu
sebab pilih yang ni dah ada
pilih yang tu pun dah ada...hahaha

besday dia tahun lepas bnyak dapat hadiah pistol
kemain suka lagi

hari tu dia kuarkan semua mainan pistol dia
pastu  susun atas lantai
dari dapur akak senyap2 ambik gambar
hahaha sekali dia nampak daaaa

ziyad : ummi ummi jab jab...adik nak susun elok2 dulu
Ummi : okey lah cepat susun
ziyad : okey dah siap...cepat ummi ambik gambar
hahaha tau aja dia ummi nak ambik gambar ya

kalau hari cuti celik ja mata mesti cari pistol dulu
ada juga time buat perangai nak tido pn letak pistol sebelah bantal
kalau nak g mana-mana pun pistol mesti bawa
kadang2 nak p tadika pn bawa tapi tingal dlm keta la
tadika tak boleh bawa mainan kan

cuma kadang2 nak g jalan2 pandai pula tak nak bawa
 tapi akak tau sangat taktik dia
tak nak bawa sebab nanti klu jumpa kedai mainan
tak dapat la dia nak membeli
sebab kat tangan dah ada
cuma kadang tu tak makan saman juga
nama pn budak2 kan
nak juga beli

main pistol ke hulu ke hilir
tapi bila akak tanya nak jadi polis ke askar
adik nak jadi bomba katanya hahaha
kalau bomba kenapa suka pistol
adik nak tembak air....
apa-apa la adik oiiiii

tapi dia memang suka sangat dengan pistol air
cuma kat rumah diharamkan main pistol air
kecuali g mandi-manda
atau g padang baru boleh main
hahaha ummi memang kejam




gigih menyusun


susun ikut saiz


muka bangga hahaha


hari cuti gini la gayanya


 berpeluh2 kepala pun nk juga pakai topi 

ikut ummi g opis pn bawa


aduhhhh nak g tadika pn bertopi pistol bagai



sementera kecik ni layan jer lah
esok2 dah besar tak de nk main semua ni dah
hanya akan tinggal memori terindah


Wednesday, April 25, 2018

deco toilet

hai toilet pn nak cerita ker....hahaha
ni  citer pasai pasang wallpaper ya
akak pasang wallpaper ni sebenarnya dah lama
rasanya dah dekat 2 tahun kot...
belek2 hp masih ada lg gambar ni
so jom kita buat n3 pasal wallpaper pulak

sebenarnya akak paling malas nak menyental dinding bilik air
 lagi lama kita tak sental lagi tebal la daki atau lumut melekat kt dinding
nak tak nak kena la sental kan
kalau tidak sakit jer mata memandang

mula2 nak pasang wallpaper kat bilik air ni
akak takut juga nanti kena air lama2 dia tanggal ke terkopek ker
tapi sebab ada kawan akak yang dah cuba 
dan dia kata okey
so akak pn nak try la juga

rumah akak ada dua bilik air
satu kat luar dan satu dlm master bedroom

bilik air satu akak pilih corak batu bata


bilik air dua akak pilih corak batu-batu sungai

akak tak letak semua dinding
akak buat L shape saja
buat keliling takut nmpak gelap pulak
letak kat tempat yang selalu kena air dan selalu berlumut jer
supaya tak teruk nak sental


siappppppp :):):)

sekarang masalah utk sental bilik air tiada lagi
bukan la tak ada langsung
ada juga tapi tak la seteruk dulu
sental manja-manja jer...hahaha

tak perlu risau ya nak mandi takut dinding kena air ke hapa ke
hahaha....mandi macam biasa ja 
tanpa sebarang keraguan atau was-was
dah terbukti sebab akak dah pasang hampir 2 tahun dah
sekarang pn sama macam dulu juga
dun wori sebab wallpaper ni waterproof
so klu kena air memang tak ada masalah
dah nama pun dalam bilik air kan 

wallpaper akak beli kat kaison
segulung 19.90
untuk satu bilik air akak guna dua gulung
sebab akak boh tak penuh ya (L shape)


Tuesday, April 24, 2018

ziyad terkena air panas

beberapa bulan yang lepas ziyad terkena air panas
 main air coway
sebelum ni memng dia tak pandai nak buka air panas
sebab  kan dia mcam ada lock 
so bdak2 memang tak tahu la nak buka

tp sejak dua menjak ni dia pn dah tingi 
dah sampai untuk buka tutup air tu
dan dah pandai buka air panas
banyak kali dah larang jgn main jgn main
tapi nak juga main
biasa la kan budak2
apa yang kita larang tu, lagi la dia suka 

pada satu hari tu akak sibuk kemas dalam bilik
ziyad kt depan
tiba2 dia nangis kata sakittt....panassss
akak terus berlari kuar
tengok2 dia dah g basuh tangan dia kt singki dah
bila kena air kurang la sikit panas tu agaknya....
tp mana larat kan nak tadah jer tangan tu kat singki
so akak masukkn air dlm besen suh dia rendam tgn dlm air tu
tatau kat mana tpt yang kena tu
rendam ja semua jari dlm besen 

satu perangai ziyad yg akk geram sangat
klu dia sakit ke apa ke memng susah nak bagi kita tgok tempat sakit tu
cth klu luka ke...cukup takut nak bagi tgok...
klu bagi pn sekejab2 jer...tu pun jenuh terjerit2 tak bagi tgok
nak letak ubat lagi la...kadang2 dan2 tu dia kata lega
hahaha ubat belum letak lg pn

anak jantan apa takut sangat niiii... adoiiii


yang putih2 tu air kapur
akak tipon mak kt kampung,dia yg bagi petua ni 
dia suh letak air kapor...tp ikutkan dia kata jangan kena air langsung
tapi nak buat cmna awal2 lg dah siram dgn air biasa dah
hahaha so polo jer lah
alahai kesiannya anak ummi ni
nangis sampai tertidur
jenuh dia suh tiup jer tpt yang panas tu
tiup jgn berhenti katanya...hahaha...mamp
tuala tu akak basahkan biar lembab n balut kt tangan tu
dia yang sibuk suh balut


kawasan yang akak bulatkan tu la yg kena air panas
ingatkan kat hujung2 jari jer
rupanya sampai atas
klu kulit cerah senang la kot nak tengok
ni jenuh belek hahaha...
hari ke 2 kot baru nampak, tpt tu jd kehitaman 
maybe klu putih mesti kemerahan kan
nasib ko la dikkkkk
haaa pasni g main lagi ehhhhh :)

ngeri kan tengok
time terkopek ni yang seriyau sangat
hari hari pesan jangan kopek
biar terkuar sendiri kulit tu
pegi tadika akak balut tangan dia
klu tak balut takut nanti dia tarik2 kulit yg trkopek tu
takut nanti dia main2 ke apa ke trkena pulak 


alhamdulillah makin pulih
dan bersyukur sangat tempat yang kena tu dia kering jer
tak ada mcam berair ke apa ke memng tak ada
kering dan time mandi atau kena air x da pedih ke apa ke

makin hari makin sembuh
dah hampir macam sediakala dah
rasanya ambik masa dlm semingu juga kot untuk kembali macam sediakala
kiri kanan sama dah tak tau mana yg terkena hari tu...hahaha....lupa pulak nak ambik gambar yg betul2 sembuh punya....di sini akak nak kongsi kan satu produk yang akak rasa bagus dan wajib ada di setiap rumah.bukan nak promot ke apa ke sbb akak pn bukan ahli..tak salah kan klu kita rasa produk tu bagus so kita kongsi pulak dengan orglain...dulu akak beli produk ni masa ziyad kena demam campak... gigih akak google cari lotion yang sesuai utk campak....tp rupanya lotion ni bkn saja untuk campak...banyak juga untuk kegunaan lain...masa ziyad mula kena air panas ni akak tak ingat langsung pasal lotion ni...dah panik kan...dah rendam air sejuk...dah lumur air kapur....baru akak ingat....terus ambik lotion ni sapu tempat yg terkena air panas tu....and hari2 akk sapu
dan hasilnya memang bagus..lotion allano ni dari produk amway...harganya pn berpatutan (tak sampai limapoloh hengget)

antara kegunaan lotion ni adalah 
  • ruam
  • masalah kulit (gatal etc)
  • kekejangan
  • terkena benda panas
  • kaki kematu
  • demam (kawal suhu badan)
  • hilangkan kesan parut




*sumber pic dr google

Monday, April 23, 2018

Tingkap comey

comeyyyy ker....:)
bagi akak comey la sebab kecik cute jer
 dah hampir 10 tahun akk beli 
beli dekat romantika rasanya
masa baru beli akk ada buat n3
kt sini SILA KLIK

bunga tu pn dah lebih 5 tahun kot
dah berabuk pun

ok jom turunkan dia
ganti bunga lain
ingat nak ganti juga kain langsir tu
tapi cari kain nk tukar x ada pulak yang sesuai
bunga pn ambik mna yang ada jer
tak beli baru pun
campur2 pn boleh
asalkan tak membazir kan






taraaaaaaa
cucuk - cucuk siap
banyak pulak sayur sayuran kali ni
lebih pada kehijauan pulak
nampak kaler yg lama lg sweet
hahaha boleh laaaaa
sebab munger2 tu pakai mana yang ada jer
ada rezeki nanti raya kita beli bunga baru
hokayyyy

Sunday, April 22, 2018

happy weekend


selamat beristirehat di hujung mingu semua
kalau tak pegi mana-mana
akak lepak kt umah ja
ni la tempat lepak akak 2 beranak
tapi kalau ziyad sorang memang akak tak lepas
sebab tak ada grill kan...so keselamatan tak terjamin
memang sentiasa berkunci jer dr dlm grill kat balkoni ni
sesekali nak ambik angin kt luar jer buka





bagi bunga bunga kawasan ni pun akak guna bunga tiruan
senang kan nak jaga...haha tiup jer habuk atau debu yang melekat

Friday, April 20, 2018

~Deco luar umah~


Assalamualaikum
hari ni  nak share deco luar rumah akak
bunyi macam la besau nau ehhh
padahal bukan ada laman pn...haha
rumah merpati jer
apapn tetap bersyukurkan....
dapat berlindung dari hujan dan panas

pandangan dari dalam rumah
frame lukisan tu sebenarnya cross stitch 
iaitu jahitan silang pangkah
hasil dari jahitan akak sendiri
betapa gigihnya akak jahit dulu2
sekarang ni memng tak daya la


ni pandangan dari luar pulak 
boleh nampakan koleksi rumah burung akak
akk juga pernah buat n3 pasai koleksi rumah burung ini 
di SINI


semua daun2 daun ni plastik ya
so x payah nak siram2 bagai

Thursday, April 19, 2018

Riadah hujung minggu


cerita hujung mingu 
pagi2 lagi bawa ziyad g taman layang2 kt kepong
ajak sekali bff dia si zulaikha
pantang jumpa depa dua ni
klu jumpa asik nak bergaduh ja
si ziyad pulak suka menyakat
apalagi terjerit2 zulaikha bila kena sakat :)


alamak ramai pulak org menjaja
jom jalan laju2 #tutupmata


ummi malas nak masak pepagi
so kita beli jer makanan untuk bekalan
beli nasi lemak & kuih muih
sedikit jajan
air jer bawa dr rumah


bkn main ziyad ngadap kopok


zulaikha makan donat 


ziyad & zulaikha




tak tingal senapang kat tangan tu
hahaha ziyad oo ziyad



ok dah penat kan.....
moh le kita balik 

Thursday, April 12, 2018

jom buat apam angrybird


Dah lama teringin nk buat...
geram ja tgok macam2 kaler...macam2 corak...macam2 patern...
klu dulu buka jer fb bersepah2 apam dot dot (polkadot) dok lalu lalang kt wall..
sekarang dah kurang dah...

akak penah order masa besday sepupu tahun bila tah..sebiji nam kupang (namposen)
mahal juga sbb kecik comel jer saiz dia...acuan cwn kertas saiz biskut almond london tu...
tapi berbaloilah jugak nk buat tu kan susah...bg akk la...memng renyah...orang2 yang bersabar macam akak je sangup buat..hahaha...tgok mcm cantik...mcm comel jer...tapi makan biasa2 ja...x de la sedap sgt sampai termimpi2 teringat2...budak2 suka la kaler2 cmni...tambah2 kalau buat corak kartun kegemaran depa...lagi la depa suka

haaaa cantik tak.....
boleh la kan.... :)

resepi akak google jer....dah lupa x ingat dr mana 
meh akak share resepi kt cni

BAHAN :

3 biji telur gred A2 
2 cawan gula
1 sudu kecil ovalete 
2 sudu esen vanilla
3 sudu kecil serbuk baking Powder
2 3/4 cwn tepung gandum
1 cawan susu segar
pewarna ikut mana yg sesuai/berkenan
 Filling/inti jem strawberry (ikut citarasa masing2)
acuan cawan kertas saiz kecil


CARA MEMBUAT 
 Pukul telur, gula dan ovalete dan esen vanilla sehingga kembang dan sebati
Masukkan tepung berselang seli dengan susu sehingga selesai 
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna kesukaan
Susunkan cwn kertas ke dalam acuan kuih lompang 
Isi 1/2 sudu pastu isi filling jem  dan tutup semula dgn 1/2 sudu adunan
kemudian buat corak dot dot atau mna yg kita suka
akak pilih corak angry bird & ladybird
 kukus dengan api yang sederhana besar
untuk elakkan wap masuk ke atas apam
akak balut penutup periuk kukusan dengan tuala 
















SILA LAH CUBA
ANAK-ANAK MESTI SUKA  :)

Welcome