Balik Kampung PRU14

>> Saturday, May 19, 2018

demam pru masih terasa
10 hari dah pun berlalu
 9hb mei tarikh kita mengundi
insyaallah panjang umur 5 tahun lg kita jmpa PRU15 pulak

akak mengundi kat kampung
 nun di utara negeri jelapang padi
iaitu daerah kubang pasu
ni kali ke 5 kot akak mengundi

bertolak balik dalam jam 11 mlm cmtu
masuk ja tol jalan duta dah jem
terpaksa hadap la kan...
masing-masing nak balik menunaikan tangung jawab
terhadap negara malaysia tercinta


kereta memang banyak sangat
 tak boleh nak drive laju-laju
tiga kali kot berhenti kat rnr tido
mata tak boleh nak buka
subuh dekat rnr gunung semanggol/bkt merah
sampai kampung jam 8pagi

mandi siap-siap terus g sekolah utk mengundi
tak jauh pun jalan kaki jer g sekolah
masing-masing mendapat sorang satu
cop dakwat kekal


undi itu adalah rahsia :)


alang-alang dah cuti tu akak sempat berkunjung ke rumah kawan lama
lebih kurang 30tahun kami tak jumpa
dulu dok hostel kami sebilik
cuma baru-baru ni ja pakat jumpa  dalam group whatsap
bila dh terjumpa balik ni gembira tak terkata


masa untuk balik ke sarang
demi mencari sesuap nasi 
hahaha
jom balik kolompo


nampak biru ja kan...
sebab bendera hijau malam mengundi tu petugas2 dah turunkan
tu yang nampak biru tua & muda ja ada
 sampai hari tu akak lupa pulak nk ambik gambar
dah nak balik baru ingat
kalau masa balik tuari lagi meriah la dgn bendera


tengok si ziyad ni
pantang tengok ummi dia tak drive
nak  menempek ja atas riba ummi
sanggup bersempit2


sempit-sempit pun sedap ja dia membuta
maklumlah atas tilam peha empok :)
adehhh dengan bantal busuk dia lagi


sempat singgah batu kurau taiping
jumpa sorang lagi kawan
sebilik juga dulu
ni pun sama dekat 30thn kami tak jumpa
dia pun tak berapa sihat sekarang
jumpa pun sekejap ja sebab masa tak berapa mengizinkan
insyaallah umur panjang jumpa lagi di lain waktu
tak puas rasanya jumpa hari tu
tak dapat borak lama-lama


teruskan perjalanan ke kolompo
alhamdulillah sampai rumah dalam 10 mlm cmtu


ni ja yang sempat bawa dari kampung
daun limau purut & bunga kantan
klu kat sini nak guna 3 4 helai ja...beli seikat lepas tu buang sebab kecut
ni cukup la untuk bln puasa ni 
akak suka masak asam pedas letak daun limau purut
tak suka daun kesum
bunga kantan pun tak suka
untuk laksa boleh la


mangga muda


kuah rojak
air tangan mak akak 
kalau balik kampung memang tak pernah miss
kuah rojak tersedap di dunia:)


menitik ailo tengok
posa posa
sabar sabar



selamat berbuka










0 comments:

Post a Comment

Welcome