Thursday, June 07, 2018

my cross stitch

masa zaman bujang dulu akak suka menjahit cross stitch
ataupun jahitan silang pangkah
bukan senang ya nak jahit cross stitch ni
hanya orang yang bersabar jer mampu
hahaha....betul tak tipu
sebab boleh makan tahun buat ni
maunya tak makan tahun
kalau penyakit Malas datang
nak setat mula balik
aduhhh bercinta
tau tak

akak pula suka gambar yang besar-besar
gambar permandangan contohnya
ini hanya sebahagian yang akak jahit
banyak lagi yang gantung umah mak kat kampung

dulu masa akak mula jahit ni murah jer benang dia
akak biasa beli benang brand DMC
masa last jahit rasanya sepuluh tahun lpas kot
masa tu dah mahal dah dalam singgit lebih ke dua ringgit camtu
sekarang ni tak tau la harga berapa
bukan sikit benang untuk satu-satu gambar
mau lebih dari lima puluh jenis kaler
akak selalu beli sikit2
sekali beli dalam sepuluh atau dua puluh dulu ker
ikut budget yang ada

benang akak beli kurang dari kuantiti yang di tulis
sebab untuk jimat akak bahagi kepada dua atau tiga
paham tak? contohnya benang DMC ada 6 utas/urat
tapi akak guna 2urat/utas untuk jahit
so dah jimat kat situ kan
kalau kuantiti benang kena beli tiga...akak beli satu jer la
sebab dari benang nam utas/urat tu akak bahagi tiga
tapi akak guna kain cross stitch yang lubang halus/rapat

bunga ni akak gantung atas pintu masuk rumah



akak suka sangat gambar ni
ni akak gantung dekat hall
atas kabinet tv



gambar buah2an ni kononnya nak letak kat ruang makan
oleh kerana umah akak ni sekangkang kera
situ la ruang tamu situ la ruang makan
so akak letak kat lorong nak masuk bilik tidur
kalau rumah lama dulu memang akak gantung sebelah meja makan
sepasang kiri dan kanan




gambar ni fistime akak jahit gambar pemandangan
besar ukuran dia
akak gantung dalam bilik kat kepala katil



air terjun ni akak gantung kat luar rumah
sesuai sebab dia memanjang



ni projek tertunda
ingat nak jahit gambar ni pulak
tapi jahit suku pun tak sampai
masa mula jahit ni almarhum suami akak ada lagi
masuk tahun ni dah hampir lapan tahun dia pergi
maknanya dekat sepuluh tahun kot terbengkalai
jarum pn dah berkarat
hihihi
tak tau la bila nk sambung balik





untuk mudahkan menjahit 
akak akan tanda dulu kat kain
nampak tak pen kaler-kaler tu
satu kaler mewakili satu benang
jadi masa jahit tak ada la pening mna nak tgok kertas
mana nak tengok kain utk jahit lagi

okey akak pun pernah jahit kain kaler hitam
kalau kaler hitam memang tak boleh la tanda pen kaler kan
tak nampak
so akak guna liquid paper
tapi tak dapat la tanda banyak2
tanda untuk satu benang ja la
nanti dah habis jahit tanda lagi
gigih tak akak
hahaha gigih la sangat

pernah juga kawan-kawan yang datang rumah
berkenan sangat dan minta nak beli
sayang oii nak jual
bukan senang nak buat ni
kalau dah jual memang akak tak akan jahit lagi benda yang sama kot
sebab bila kita jahit kita akan rasa tak sabar nak tengok kesudahannya
kalau dah benda yang sama jahit nanti feeling tu tak sampai
hahaha macam2




No comments:

Post a Comment

Welcome