Kad Raya

>> Tuesday, June 19, 2018


sekarang susah nak tgok kad raya
kalau dulu kad raya lah yang di tunggu-tungu
pantang tengok posmen singgah
terus terpa kot ada kad raya sampai

kad raya tu kumpul banyak-banyak
lpas tu cari ranting/dahan pokok
masukkan ranting dalam pasu
kemudian gantung kad-kad raya tu

wahhhh meriah betul
tapi la ni nak cari orang jual kad raya pun susah
kalau dulu merata-rata orang jual
now zaman whatsap
sebelum ni email atau mesej jer
zappppp sampai

tadika ziyad ada buat program cipta kad raya
iaitu aktiviti bersama ibubapa
 masa diberi lebih kurang dua minggu camtu kot

tapi asyik lupa ja
last minit baru kalut nak siapkan
nasib baik lakaran semua dah buat
kaler pun dah separuh
tinggal nak habiskan jer

pagi tu kejut ziyad awal-awal
paksa dia buat sikit-sikit
ummi yang terpaksa buat banyak-banyak
hahaha





ummi pun tak ada idea yang kreatif
so buat la kad bodo-bodo 
 janji siap :)


p/s ~ mood cuti lagi so autopublish 


Read more...

air bandung viral

>> Wednesday, June 13, 2018

sirap bandung soda power

hari tu akak ada nmpak kat fb 
ramai orang share air bandung ni
so akak pn cuba juga la

1 botol ice cream soda 1.5L
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar susu pekat
1 tin susu cair
sirap rose
air batu secukupnya



rasa dia
boleh laaa
tapi akak tak suka sangat
ziyad lagi la tak suka
maybe sbb  masuk air ice cream soda kot
so dia ada rasa masam-masam sikit


Read more...

ketupat oh ketupat

>> Tuesday, June 12, 2018

SELAMAT PAGI DUNIA

lagi beberapa hari saja lagi kita akan menyambut aidilfitri
mood raya pun dah datang
so marilah kita menganyam ketupat
warna pilihan pastinya negeri kedah
hahaha
hijau + kuning
masa beli tak terpikir pun 
cuma cari kaler yang menarik dan matching ja
tak mungkin ketupat kaler merah or pink kan 
hihihi


akhirnya.......
dah lama tak menganyam
jenuh juga nak cari skill yang betul
anyam buka anyam buka
nasib la riben plastik
kalau kertas mau hancor lumat ketupat tu
hihihi


untuk hiasan kat opis jer ni


gantung kat pintu masuk bilik meting


baru lah nampak suasana raya kan
insyaallah akak akan pulang beraya di kedah

KORANG BERAYA DI MANA????

Read more...

buah melaka

bahan bahan

tepung pulut
gula melaka
pewarna hijau & perisa pandan
kelapa parut

ini resepi untuk yang malas macam akak 
bagi yang rajin boleh blender daun pandan ya
ambik air daun pandan untuk bancuh


dah siap uli
ziyad tanya playdoh ke tu ummi
adoiiiii hahaha


gula melaka di potong dadu


masukkan gula melaka dalam tepung dan bulatkan 
kecik besar kecik besar akak gentel :)


sementara itu didihkan air atas dapur
bila mendidih masukan yg dah siap digentel
nanti kalau dah masak dia akan terampung
angkat dan toskan


kemudian golekan dalam kelapa parut yang telah digaul dengan secubit garam

okey selamat berbuka


Read more...

Minggu keempat Ramadhan

>> Monday, June 11, 2018


Iftar day 19

akak masak
ikan bilis + kentang bercili
telur dadar
peria goreng tepung - semlm punya
sagu gula melaka
(pewarna hijau x berapa nak hijau pulak)

air kosong


Iftar day 20

akak masak
ikan keli sambal
sayur campor

beli kat param 
roti bom

air tembikai


Iftar day 21

akak beli
soto ayam
sate melaka
murtabak

air kelapa lemon



Iftar day 22

akak masak
ikan kembong air asam (pestime buat)
udang + kentang bercili
telur dadar

air kosong


Iftar day 23

akak masak
ayam butter milk
sambal bilis + tempe
puding karamel

air kotak teh bunga



 Iftar day 24

akak masak
ayam masak merah
telur dadar
sambal bilis + tempe - semlm punya
mee goreng

air sirap bandung



Iftar day 25

hari minggu berbuka di rumah adik akak 

adik masak
kari daging + kentang
ayam goreng tepung
bihun bakso
puding roti marble
karipap frozen 
kek lapis - beli

air sarsi




Ramadhan bakal meninggalkan kita
jangan sia-siakan masa yang tersisa ini
pastinya lailatul qadar yang dicari
semoga ini bukan ramadhan yang terakhir kita


Read more...

cucur udang bonda

cucur udang ni memang paberet akak
makan ni kalau tak ada nasi pun tak apa
 balik kampung mesti mak akak akan buat
semua adik beradik suka makan
kalau berkumpul  sebesen tak cukup ni
berebut rebut makan 
hahaha

akak sekarang pun dah pandai buat cucur udang
tapi rasa tak sesedap air tangan mak la kan 

bahan
tepung gandum
daun kucai
taugeh
bawang besar
udang
garam

bancuh kesemua bahan di atas bersama dengan air biasa
kalau nak rangup sila lebihkan taugeh & kucai
(kurangkan tpg gandum)

kuah
cili kering - digoreng bersama minyak
kacang tanah - goreng tanpa minyak
blender kedua-dua bahan ini
kemudian masak atas api
masukan sedikit garam dan gula melaka/putih
kacau agak pekat






alahai lapa la pulakkkkk
selamat berbuka 

Read more...

kuih cara

>> Friday, June 08, 2018

minggu kedua ramadhan akak try buat kuih cara
dah lama tak buat
sampai tak ingat kat rumah ada acuan ke tidak
sekali kemas-kemas dapur jumpa acuan
sampai ada dua pulak tu acuan yang sama
hahaha beli jer buatnya tidak

1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan air daun pandan
1 cawan santan
1 biji telur
sedikit pewarna
secubit garam



gula pasir untuk inti

akak ikut resepi kat atas tu
cuma air daun pandan tu akak gantikan dengan perisa pandan 
dan bancuh guna air biasa jer


minyak untuk sapu kat acuan
akak guna daun pandan untuk sapu
lepas dah sapu minyak
tuangkan tepung yang dibancuh ke dalam acuan
pastu masukkan sedikit gula kat tengah-tengah


kemudian tutup


kuih cara ni sekejab jer dah masak



rupa tak cantik sangat
sebab acuan akak berbunga-bunga
maybe kalau yang licin senang sikit kot nak kuarkan
lagipun acuan dah lama tak guna
mula-mula tu agak payah juga nk kuarkan dari sarang
bila dah lama-lama baru ok

eemmm rasa dia boleh tahan
sedap :)


Read more...

my cross stitch

>> Thursday, June 07, 2018

masa zaman bujang dulu akak suka menjahit cross stitch
ataupun jahitan silang pangkah
bukan senang ya nak jahit cross stitch ni
hanya orang yang bersabar jer mampu
hahaha....betul tak tipu
sebab boleh makan tahun buat ni
maunya tak makan tahun
kalau penyakit Malas datang
nak setat mula balik
aduhhh bercinta
tau tak

akak pula suka gambar yang besar-besar
gambar permandangan contohnya
ini hanya sebahagian yang akak jahit
banyak lagi yang gantung umah mak kat kampung

dulu masa akak mula jahit ni murah jer benang dia
akak biasa beli benang brand DMC
masa last jahit rasanya sepuluh tahun lpas kot
masa tu dah mahal dah dalam singgit lebih ke dua ringgit camtu
sekarang ni tak tau la harga berapa
bukan sikit benang untuk satu-satu gambar
mau lebih dari lima puluh jenis kaler
akak selalu beli sikit2
sekali beli dalam sepuluh atau dua puluh dulu ker
ikut budget yang ada

benang akak beli kurang dari kuantiti yang di tulis
sebab untuk jimat akak bahagi kepada dua atau tiga
paham tak? contohnya benang DMC ada 6 utas/urat
tapi akak guna 2urat/utas untuk jahit
so dah jimat kat situ kan
kalau kuantiti benang kena beli tiga...akak beli satu jer la
sebab dari benang nam utas/urat tu akak bahagi tiga
tapi akak guna kain cross stitch yang lubang halus/rapat

bunga ni akak gantung atas pintu masuk rumah



akak suka sangat gambar ni
ni akak gantung dekat hall
atas kabinet tv



gambar buah2an ni kononnya nak letak kat ruang makan
oleh kerana umah akak ni sekangkang kera
situ la ruang tamu situ la ruang makan
so akak letak kat lorong nak masuk bilik tidur
kalau rumah lama dulu memang akak gantung sebelah meja makan
sepasang kiri dan kanan




gambar ni fistime akak jahit gambar pemandangan
besar ukuran dia
akak gantung dalam bilik kat kepala katil



air terjun ni akak gantung kat luar rumah
sesuai sebab dia memanjang



ni projek tertunda
ingat nak jahit gambar ni pulak
tapi jahit suku pun tak sampai
masa mula jahit ni almarhum suami akak ada lagi
masuk tahun ni dah hampir lapan tahun dia pergi
maknanya dekat sepuluh tahun kot terbengkalai
jarum pn dah berkarat
hihihi
tak tau la bila nk sambung balik





untuk mudahkan menjahit 
akak akan tanda dulu kat kain
nampak tak pen kaler-kaler tu
satu kaler mewakili satu benang
jadi masa jahit tak ada la pening mna nak tgok kertas
mana nak tengok kain utk jahit lagi

okey akak pun pernah jahit kain kaler hitam
kalau kaler hitam memang tak boleh la tanda pen kaler kan
tak nampak
so akak guna liquid paper
tapi tak dapat la tanda banyak2
tanda untuk satu benang ja la
nanti dah habis jahit tanda lagi
gigih tak akak
hahaha gigih la sangat

pernah juga kawan-kawan yang datang rumah
berkenan sangat dan minta nak beli
sayang oii nak jual
bukan senang nak buat ni
kalau dah jual memang akak tak akan jahit lagi benda yang sama kot
sebab bila kita jahit kita akan rasa tak sabar nak tengok kesudahannya
kalau dah benda yang sama jahit nanti feeling tu tak sampai
hahaha macam2




Read more...

kenangan lalu

>> Wednesday, June 06, 2018

Terobek
memori daun pisang masa ziyad umur setahun lebih
tunggang langgang tebalik habih
masa ni baru dapat kaki kot
ummi perati jer dia main


suka hati dia ja heret kosi ketengah ketepi
mentang2 la ringan kosi tu
boleh sorong2


bahaya ni.. pandai dah nak panjat ambik kunci
akal panjang tolak sofa ke pintu
sofa tu memang ringan kalau x ada orang duduk
boleh tolak kulu kilir


habis bantal dia sepahkan
time ni klu ada tetamu terjah mau pengsan kot
hahaha


ha dah puas main sila kemas ya sayang
tengah kemas buku2 masuk dalam bakul

 

ni pulak tengah susun bantal2 ke tempat asal
sapa suruh punggah segala bantal bagai
sekarang kemas balik



padan muka dia
kejam tak ummi :)

walaupun ada anak kecil tak ada alasan yang kita tak boleh mengemas atau mendeko rumah kita kannn....masa dia main kita biarkan dia main sepuas-puasnya...tapi kita kena la bagitau mana yang dia boleh main dan mana yang dia tak boleh sentuh/main...macam ziyad akak dah bagitau awal-awal ni barang-barang ummi adik tak boleh kacau....tp biasa la budak kan...ada ketika dia kacau juga...hahaha nak menyakat ummi ler tew...lama-lama dia dah biasa...kalau g rumah orang pun dia tak ada la teruja nak usik itu ini sebab kat rumah kita dah ajar macam tu..

rumah akak kecik jer apartment so memang tak ada tempat khas untuk anak bermain pun...situ la tempat makan situ juga la tempat tengok tv...nak main apa pun kat area situ ...main motor ka basikal ka semua pusing-pusing situ jer,,,.

p/s ~ rindu zaman ziyad kecik-kecik camni :(

Read more...

Welcome