Tuesday, June 19, 2018

Kad Raya


sekarang susah nak tgok kad raya
kalau dulu kad raya lah yang di tunggu-tungu
pantang tengok posmen singgah
terus terpa kot ada kad raya sampai

kad raya tu kumpul banyak-banyak
lpas tu cari ranting/dahan pokok
masukkan ranting dalam pasu
kemudian gantung kad-kad raya tu

wahhhh meriah betul
tapi la ni nak cari orang jual kad raya pun susah
kalau dulu merata-rata orang jual
now zaman whatsap
sebelum ni email atau mesej jer
zappppp sampai

tadika ziyad ada buat program cipta kad raya
iaitu aktiviti bersama ibubapa
 masa diberi lebih kurang dua minggu camtu kot

tapi asyik lupa ja
last minit baru kalut nak siapkan
nasib baik lakaran semua dah buat
kaler pun dah separuh
tinggal nak habiskan jer

pagi tu kejut ziyad awal-awal
paksa dia buat sikit-sikit
ummi yang terpaksa buat banyak-banyak
hahaha





ummi pun tak ada idea yang kreatif
so buat la kad bodo-bodo 
 janji siap :)


p/s ~ mood cuti lagi so autopublish 


No comments:

Post a Comment

Welcome