Monday, July 23, 2018

salam isnin



permulaan hari bagi mingu yang baru
moga hari ini dan hari seterusnya akan lebih baik dari sebelumnya
seperti biasa pagi isnin agak lemah gemalai sikit
sebab mood cuti hujung mingu masih bersisa
rasa alahai sekejapnya cuti
padahal tak ke mana2 pun
melepek jer kat rumah

sebelum ni akak ada citer yang si ziyad cukup obses dgn pistol
 dh mcam kembar tak boleh berpisah
nak g tadika pun hari2 angkut
tapi setakat dalam keta jer lah


nampakkkkk
dia tak bawa pistol.....tapi
 dia bawa lego yang dia buat ala2 pistol 
hahaha macam2 
dia marah ni kalau tau ambik gambar dia
kena sorok2 nak snap :)






Thursday, July 19, 2018

menang give away


beberapa mingu lepas akak ada join give away kt insta
tengok senang dan mudah jer syarat dia
hanya taip Alhamdulillah sahaja kat komen


akak pun nak juga mencuba nasib
kalah menang belakang kira
 akak memang selalu intai insta ni 
dia jual crochet bundle
dan ofcoz la gift nanti crochet juga kan


akak memang minat crochet 
cuma belum ada rezeki utk soping kt insta tu lagi
bagi akak wlupn tak beli dapat tgok
dapat jamu mata pun dah rasa puas dah
terapi mata tuh 
hahaha


akak tak lepas peluang untuk komen alhamdulillah
komen yang 153 akan dikira pemenang
ramai yang komen
berderet-deret orang yang sama
hahaha masing-masing kalau boleh nak menang kan

rezeki tak pernah salah alamat
dalam banyak-banyak komen
komen akak terselit kat tengah-tengah tu
dan di pilih sebagai pemenang
alhamdulillah
syukur
yeayyyyyyyyy
akak menang hihihi


dah sampai pun hadiahnya
bukan satu ya 
akak dapat dua
alas meja yang kaler kuning tu &
yang satu lagi tu kaler coklat yang akak tutup tv tu


walaupun tema kaler lari sikit dgn konsep rumah akak
tapi akak tetap suka


so akak letak kat sini dulu
nanti akak cari tempat yang sesuai dan sewaktu dengannya


sebelum ni koleksi crochet akak yang kecik2 dan comel2 jer
ha kali ni memang besar gedabak dan tebal giler 

kalau nak tengok koleksi crochet akak boleh tgok kat sini 


akak doakan owner instagram ni dimurahkan rezeki dan bisness bertambah maju .. aamiin....

kalau korang nak tgok crochet bundle boleh layari instagram ni yer
insyaallah harga berpatutan


nuhaa_preloved_bundle



Wednesday, July 18, 2018

last raya


syawal dah pun berlabuh
n3 last pasai raya :)

balik dari cameron hari tu terus pegi beraya kat ampang
rumah pak sedara akak (paktam)
dia tak sihat so tak dapat nak balik beraya kat kampung
bergegas pergi malam tu juga sebab paksu dan sepupu akak 
dari kampung pun ada sekali malam tu


paktam akak yang duduk pakai baju putih 
sebelah dia maktam yang tudung kaler kelabu/grey
paktam ni adik kepada emak akak
sebelah paktam...pak long & mak long akak


malam tu family sepupu dan adik akak tidor kat rumah akak
family paksu tidur rumah adik akak yang lagi sorang
kalau nak tidor sekali takut tak selesa
maklum la rumah kecik nau...hihihi


pepagi lg sepupu akak dah bersiap-siap nak bertolak balik ke kedah 
yang duduk tengah tu mak akak 
mak dan adik akak belum nak balik lagi
diorang tambah lagi satu malam


malam pula kami pegi beraya di rumah pak long akak pula di subang
abang sulung mak akak 


paklong akak yang berjambang  tu
maklong yang pakai tudung kaler royal blue 
mak akak yang tudung hitam 
(barisan tengah)



bergambar dengan adik & SIL
yang tengah tu adik akak
yang kanan tu adik ipar


rajin sungguh adik ipar akak ni posing
suka sangat deco umah akak katanya
hahaha
pestime dia datang umah akak ni 
sebab bulan sebelas tahun lepas baru kahwin
tu yang posing sakan 


posing jangan tak posing :)

Tuesday, July 17, 2018

bertambah usia

15.07.2018
hari mingu 
adalah hari lahir akak
memang dari kecik akak jarang celeberet pun
masa almarhum suami ada dulu 
ada juga kuar makan2 beli kek gitu2 jer
masa kerja dulu ada juga kdg kawan2 beli kek
lepas tu ada juga la sesekali adik2 beli kek & belanja makan
tapi tak de la tiap tahun...bila kebetulan ada kelapangan jer
akak pun tak kisah sangat
besday ke tak besday ke sama jer
 hahaha

hari mingu ari tu akak bawa ziyad g taman layang-layang kt kepong
kalau boring-boring x de apa2 hal akak memang akan ke sini
sebab sini luas bebas budak-budak nak berlari2
akak ajak kawan join sekali
dia tiga beranak

akak bawa bekal nasi sebab memang nak lepak lama pun kat situ
akak masak lebih untuk kawan sekali

best sangat lepak tepi tasik ni 
walaupun panas tapi angin kuat
cari bawah pokok tak le panas sangat
bentang tikar
kalau ada bantal sedap membuta ni


bekalan kami


suka sangat si ziyad ni
pagi2 bangun dah ajak ummi g tmn layang-layang 
sbb sebelum tidor memang dah janji nak bawa dia 
tuntut dia hahaha


ni kawan merangkap jiran akak
kami dok kawasan yang sama
cuma lain2 block


kami dua beranak


ummi & ziyad


adik pompuan akak, anjang ziyad tau yang kami datang taman layang-layang
dalam satu jam kami lepak situ dia datang dengan husband dia




jeng jeng jeng













































































hahaha
bawa kek seketoi
alhamdulillah














beria ziyad nyanyi utk ummi


memang peberet dia kek mekek ni
lagi-lagi red velvet


anjang & pak njang
tengkiu bawa kek besday ummi
nasib baik makanan ada lebih
rezeki depa


kesayangan ummi nih.....
tengkiu sayang


lagi tiga bulan besday dia pulak



hepi sangat 



enjoy sakan ziyad
dari pukul 10 sampai pukul 3 lepak kat sini
tu pun ummi ajak balik tak nak
berjemur sampai merelit2
nanti ada masa
kita datang lagi yer

alhamdulillah dengan izinNYA bertambah lagi usia akak...semoga  hari2 mendatang lebih baik dari hari2 sebelumnya....aamiin

Friday, July 13, 2018

percutian singkat - cameron highland

khamis 7 syawal
 akak dah balik kl 
tapi adik lelaki akak ajak naik cameron highland dulu
saja dia nak bawa wife dia jenjalan
lgpn lepas nikah bulan 11 tahun lepas derang belum bercuti ke mana2 lagi
kiranya derang nk pegi honeymoon la nih
cuti masih ada lagi 
so marilah kita singah cameron dulu


alang-alang nak pegi cameron akak ajak adik g kl terus
dah tak jauh kan dari tapah naik kl
so akak angkut mak akak sekali


kami bertolak awal
dari jitra pukul 8 pagi


sampai atas lebih kurang jam 12 tengahari camtu
kami singgah cameron teh valley dulu
kemain lagi si bujang ni posing


dia pun nak jugakkk
nampak sipi-sipi pun sipi la dikkk
hahaha


 kemudian singgah cameron lavender
 masuk sini kena bayar
RM10.00  rasanya untuk sekepala dewasa


cantik dalam dia
penuh dengan bunga bungaan


akak tak naik sampai atas pun
pusing kat bawah  jer
sebab kesian pulak
takut mak akak tak larat
sebab naik dia macam daki bukit gitu
rugi jer bayar masuk tadi
huhuhu


susah betoi nak ajak budak ni bergambar
kalau kita tak ajak kemain nyendeng


hensem boy ummi ni


ni kat atas 
tengok kemain ngada dia posing hahaha


 mengacau 
acik & maktam nak bergambar


wahhhhh
cium bunga pulak
tiru acik posing la ni
ala2 tengok bunga
dia p cium terus


maktam nak bergambar
sibuk jer nak kacau ehh


hamboiiiii


ummi & tok tun dok tungu kat bawah jer


petang baru check in 
kami booking homestay kat tanah rata
okey sangat homestay ni
ada 3 bilik 2 bilik air
ada dapur boleh masak
sangat selesa
kalau pergi ramai-ramai boleh tidor kat luar
ada ekstra toto 2 helai
tp kami tak guna pun toto yang disediakan
sebab elok2 jer 3 bilik utk nam orang kami
nanti akak share no phone owner dia
senang sangat berurusan...semua melalui whatsap jer


akak cop bilik tengah 
 suka sangat deko homestay nih
bilik lain dan dapur lupa nak ambik gambar
sebab sampai dah lewat
masing-masing kelaparan
hahaha bekal makanan pun x sempat snap


lepas makan, mandi, solat
golek-golek sekejab
kami pegi pasar malam
kalau dulu pasar malam CH kat brinchang
tapi sekarang dah pindah ke Golden Hills Sg Ruil
tak jauh pun dari tanah rata
dalam 10minit camtu kot
time akak pegi alhamdulillah jalan tak jem
parking pun senang dapat


kebanyakan peniaga kat sini jual benda yang sama jer
baju, cenderahati, sayur-sayuran, buah2an
akak x shoping apa pun
beli jagung dan ubi jepun jer
ziyad beli selipar & pistol
dia memang pantang jumpa org jual menan
terus melekat kat situ selagi tak belikan
mak & adik akak beli t.shirt


pemandangan di waktu pagi
dari balkoni homestay yang akak duduk
 bawah ada supermarket 
ada dobi,kedai makan dan macam2 lagi
kami tak makan kat luar pun
sebab tengahari memang bawa bekal dari kampung
malam makan ringan-ringan jer sbb lunch dah lewat
malam akak rebus jagung dan ubi jepun 


jumaat 8 syawal
pagi untuk sarapan
akak goreng nasi yang lebih semalam
dan masak nasi lemak


sambal memang akak bawa siap-siap 
cili yang dah dimasak
rebus telor, goreng ikan bilis
timun jepun beli kat kedai bawah


rebus jagung
untuk makan dalam kereta nanti


lepas tu buat cucur jagung sikit
sedap tau jagung cameron ni
manis jer


ni untuk bekal makan dalam keta


lepas check out kami singah MARDI
hari mendung masa ni
okay la tak panas sangat walaupun cuaca sejuk


akak tak banyak sangat bergambar
sebab tahun lepas dah datang
sama jer tak berubah pun


ewahhhhh budak ni
kemain eksyen


akak lepak kat cafe ni jer dengan mak
sementara adik-adik akak berjalan sampai atas
orang pun tak ramai sangat


macam biasa tak tingal senapang dia
tak habih-habih menembak
nmpak tak tar masih basah lagi
baru lepas hujan


lepas pergi mardi 
kami pergi kampung taman sedia
akak tak kuar kereta pun sebab ziyad tidor
pengsan penat lari sana sini



sambil tungu diaorang akak bedal
nasi lemak yang masak pagi tadi


sebelum balik singah sekejab kat pekan tanah rata
adik ipar nak cari t.shirt buat kenangan


petang bertolak balik kl
akak balik ikut jalan lama
jalan tapah
alhamdulillah jam 8.30 malam selamat sampai kl

ni nombor hp owner homestay yang kami booking
shifa homestay cameron
014 5346547


Welcome