Friday, July 13, 2018

percutian singkat - cameron highland

khamis 7 syawal
 akak dah balik kl 
tapi adik lelaki akak ajak naik cameron highland dulu
saja dia nak bawa wife dia jenjalan
lgpn lepas nikah bulan 11 tahun lepas derang belum bercuti ke mana2 lagi
kiranya derang nk pegi honeymoon la nih
cuti masih ada lagi 
so marilah kita singah cameron dulu


alang-alang nak pegi cameron akak ajak adik g kl terus
dah tak jauh kan dari tapah naik kl
so akak angkut mak akak sekali


kami bertolak awal
dari jitra pukul 8 pagi


sampai atas lebih kurang jam 12 tengahari camtu
kami singgah cameron teh valley dulu
kemain lagi si bujang ni posing


dia pun nak jugakkk
nampak sipi-sipi pun sipi la dikkk
hahaha


 kemudian singgah cameron lavender
 masuk sini kena bayar
RM10.00  rasanya untuk sekepala dewasa


cantik dalam dia
penuh dengan bunga bungaan


akak tak naik sampai atas pun
pusing kat bawah  jer
sebab kesian pulak
takut mak akak tak larat
sebab naik dia macam daki bukit gitu
rugi jer bayar masuk tadi
huhuhu


susah betoi nak ajak budak ni bergambar
kalau kita tak ajak kemain nyendeng


hensem boy ummi ni


ni kat atas 
tengok kemain ngada dia posing hahaha


 mengacau 
acik & maktam nak bergambar


wahhhhh
cium bunga pulak
tiru acik posing la ni
ala2 tengok bunga
dia p cium terus


maktam nak bergambar
sibuk jer nak kacau ehh


hamboiiiii


ummi & tok tun dok tungu kat bawah jer


petang baru check in 
kami booking homestay kat tanah rata
okey sangat homestay ni
ada 3 bilik 2 bilik air
ada dapur boleh masak
sangat selesa
kalau pergi ramai-ramai boleh tidor kat luar
ada ekstra toto 2 helai
tp kami tak guna pun toto yang disediakan
sebab elok2 jer 3 bilik utk nam orang kami
nanti akak share no phone owner dia
senang sangat berurusan...semua melalui whatsap jer


akak cop bilik tengah 
 suka sangat deko homestay nih
bilik lain dan dapur lupa nak ambik gambar
sebab sampai dah lewat
masing-masing kelaparan
hahaha bekal makanan pun x sempat snap


lepas makan, mandi, solat
golek-golek sekejab
kami pegi pasar malam
kalau dulu pasar malam CH kat brinchang
tapi sekarang dah pindah ke Golden Hills Sg Ruil
tak jauh pun dari tanah rata
dalam 10minit camtu kot
time akak pegi alhamdulillah jalan tak jem
parking pun senang dapat


kebanyakan peniaga kat sini jual benda yang sama jer
baju, cenderahati, sayur-sayuran, buah2an
akak x shoping apa pun
beli jagung dan ubi jepun jer
ziyad beli selipar & pistol
dia memang pantang jumpa org jual menan
terus melekat kat situ selagi tak belikan
mak & adik akak beli t.shirt


pemandangan di waktu pagi
dari balkoni homestay yang akak duduk
 bawah ada supermarket 
ada dobi,kedai makan dan macam2 lagi
kami tak makan kat luar pun
sebab tengahari memang bawa bekal dari kampung
malam makan ringan-ringan jer sbb lunch dah lewat
malam akak rebus jagung dan ubi jepun 


jumaat 8 syawal
pagi untuk sarapan
akak goreng nasi yang lebih semalam
dan masak nasi lemak


sambal memang akak bawa siap-siap 
cili yang dah dimasak
rebus telor, goreng ikan bilis
timun jepun beli kat kedai bawah


rebus jagung
untuk makan dalam kereta nanti


lepas tu buat cucur jagung sikit
sedap tau jagung cameron ni
manis jer


ni untuk bekal makan dalam keta


lepas check out kami singah MARDI
hari mendung masa ni
okay la tak panas sangat walaupun cuaca sejuk


akak tak banyak sangat bergambar
sebab tahun lepas dah datang
sama jer tak berubah pun


ewahhhhh budak ni
kemain eksyen


akak lepak kat cafe ni jer dengan mak
sementara adik-adik akak berjalan sampai atas
orang pun tak ramai sangat


macam biasa tak tingal senapang dia
tak habih-habih menembak
nmpak tak tar masih basah lagi
baru lepas hujan


lepas pergi mardi 
kami pergi kampung taman sedia
akak tak kuar kereta pun sebab ziyad tidor
pengsan penat lari sana sini



sambil tungu diaorang akak bedal
nasi lemak yang masak pagi tadi


sebelum balik singah sekejab kat pekan tanah rata
adik ipar nak cari t.shirt buat kenangan


petang bertolak balik kl
akak balik ikut jalan lama
jalan tapah
alhamdulillah jam 8.30 malam selamat sampai kl

ni nombor hp owner homestay yang kami booking
shifa homestay cameron
014 5346547


No comments:

Post a Comment

Welcome