Thursday, July 12, 2018

raya kan sebulan

dah habis raya kat kampung sambung beraya kat kola lumpur pula
akak tak ada buat open house tahun ni
tapi sapa nak datang beraya kat umah boleh jer
janji bgtau awal takut tak ada kat rumah naya jer kan

mingu sebelum ni adik ipar almarhum suami akak datang dari melaka
anak dia bgtau pun dah pukul 10 pg camtu dah
so tak de lah nak bersiap sedia hidangan yang hebat2 hahaha
masak apa yang ada jer lah
kebetulan masa tu tengahari so masak untuk makan tengahari terus


akak masak 
sambal tumis udang + kentang
ayam masak kicap
ikan kembong rebus air asam
sayur kailan


alhamdulillah silaturrahim tak pernah putus
walaupun sudah masuk tahun 8 tahun almarhum PERGI


anak beranak
ateh & dak mardziah


belah malam kawan kol nak singgah
dah pukul 10 mlm dah
so makan apa yang ada jer lah
akak tambah bihun goreng
wlupn tetamu kata tak payah buat apa2 dah
apa salahnya sekali sekala raikan tetamu 


mingu lepas pagi akak g open house
balik rumah dah petang
anakbuah sebelah suami (almarhum) kol kata nak datang rumah
terus bersilat kat dapur 


akak masak
mee goreng mamak
spaghetti bolognese


nampak !!!!
ummi nak ambik gambar sibuk dia nk interprem


nak interprem sangat kannnn


tungu tetamu


 anak buah



 malam pula 
akak jemput jiran-jiran yang rapat  
kalau dah berjumpa memang riuh rendah la
bersembang sampai x sedar dah tengah malam
hahaha
sedar-sedar dah pukul 12 lebih


seronok la ziyad
ada kawan main
kawan nak balik pun tak kasi 
hihhi



tetamu balik jer akak terus kemas rumah
cuci pingan mangkuk segala
lipat karpet sapu sampah mop lantai
kutip kain baju mana yang dah kering
sbb sidai kat belakang dapur jer
so memang tak kena embun


sila abaikan kain yang berlongok tu
tu kain yang dah kering
esok pagi baru nak lipat
 kain kering akak memang tak masukan dalam bakul
sepok camtu jer
sebab kalau masuk dlm bakul ntah bila nak lipat
sepok macam tu cepat sikit lipatnya
semak mata memandang kalau lambat2


kalau hari biasa memang rumah akak lapang macam ni jer
senang nak sapu or mop
ziyad nak melompat pn senang :)


Wednesday, July 11, 2018

baju raya

sebelum ni baju raya ziyad tok tun yang jahit
dari umur setahun sampai la tahun lpas 4 tahun
akak beli kain mak akak yang jahit
tapi tahun ni mak akak tak berapa sihat 
dengan mata pun dah tak berapa nampak sangat dah
so akak memang ingat nak beli jer
cadang nak beli jubah
tapi fikir2 tahun lpas ada beli kurta masa raja haji
cuma pakai sekali jer..tu pun bukan pagi raya
pakai masa g kenduri sekejab jer pakainya

tahun ni cuma beli seluar raya jer


kasut/capal atam ziyad yang belikan
adik lelaki akak
alhamdulillah rezeki


lengkap untuk pakai di pagi raya
kasut & seluar jer baru
baju, songkok, beg tahun lpas punya



pagi raya
bad mood
hahaha
marah ummi ambik gambar


pagi2 kul 6.30 ummi dah kejut
sebab kat kampung budak-budak kuar beraya awal pagi
kul 7 pagi dah setat beraya dh
kalau lambat kang takut ada rumah yang tak sempat
 kul 8.30 orang dah kuar g masjid dah utk solat raya
tahun ni tahun ke2 ziyad g beraya ngan sepupu-sepupu
alhamdullillah pandai jaga diri
lumayan juga kalau beraya sekampung
hahaha setahun sekali kan



Tuesday, July 10, 2018

aidilfitri 2018

di pagi syawal 
seawal pagi akak dan keluarga bertungkus lumus siapkan 
juadah untuk hidangan di pagi raya
akak masak nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam
adik ipar akak masak bihun & k.teow sup ala thai katanya
mak akak ketupat palas & kari daging


kuih raya


bihun & k.teow sup ala thai
hidangan yang lain sibuk-sibuk lupa nak ambik gambar


ziyad & the geng
sebelum g beraya ummi paksa suh bergambar dulu
masing-masing lemau lagi sbb kena bangun awal hahaha


akak & family
tahun ni tak cukup korum cz abang & family balik beraya rumah mertua kat perak



kami dua beranak
bukan main susah lagi nak ajak bergambar
jenuh paksa adehhh


rumah mak akak dikelilingi rumah adik beradik
so kami jalan kaki jer g beraya

selpi dulu :)


rumah maksu & paksu


rumah pakcik & makcik


sebelah petang diorang pulak dtg bertandang rumah akak


sepupu sepapat


ni petang raya...nak g beraya jauh sikit kena naik keta 
beraya sampai malam
ziyad pakai baju raya tahun lepas
ummi pakai baju 10 tahun yang lepas
hahaha memang jarang pakai pun baju kurung
tambah2 yang ada manik koran


habis sudah rayaaaaaa
di kampung



Sunday, July 08, 2018

balik raya

akak balik kampung selasa 
iaitu dua hari sebelum raya
ingat nak bertolak awal sebab mlm tu dah setat
tol potongan 50% dah
takut jem
tapi lepas berbuka, baru nak berkemas
 kain baju masuk dalam beg
basuh baju,kemas rumah dan sebagainya
dalam pukul 1 lebih baru setel semua
so akak bertolak dalam pukul 2 pagi camtu

si ziyad punya la exited suruh tidor dulu  tanak
ke hulu ke hilir berlegar dlm rumah
akak nak buat apa pun payah 
asik tanya bila nak balik kampung 
bila nak balik kampung heiii penin ummi

barang-barang kami 2beranak :)


dah siap basuh baju semua 
sidai jer baju kat tengah2 rumah
takde sapa kan
habis kat almari pun gantung baju
hahaha


ada ubi jepun & karipap frozen dalam petiais
akak rebus & gorengkan
buat bekal makan dalam keta



nasib baik bawak bekal
makan sahur itu jer dalam keta
sebab malas nak berhenti kat RnR
orang ramai semua RnR sesak
cuma berhenti subuh kat RnR sungai perak jer

alhamdulillah 
kami selamat sampai dalam pukul 10 pagi camtu
jalan tak jem sangat tapi kereta memang banyak la
dapat la merasa tol murah
hahaha pertama kali tau
sejak hampir 20 tahun dok kolompo ni
biasa dari kl ke jitra rm56.30
ni dapat la rm 28.15
jadi la kan

#alhamdulillah #bersyukurselalu

Friday, July 06, 2018

Minggu akhir ramadhan

walaupun dah masuk syawal
akak tetap nak sambung n3 ramadhan
mingu last :)

Iftar day 26

akak masak
Spageti blognese
Ikan rebus air asam
Ikan masak kicap
sayur sawi

air sirap 


 Iftar day 27
lastday berbuka kat rumah

so

akak beli
nasi kerabu ayam bakar
papa roti

air teh ais



 Iftar day 28

yeayyyy
pestime berbuka posa kat kg untuk tahun ini

my mum & SIL masak
kari kepala ikan
udang + kentang goreng kunyit
ayam & kambing bakar
air asam
tembikai

air sirap



 Iftar day 29
last day buka puasa bg tahun ni 2018

my mum & SIL masak
nasi daging
sup daging
daging goreng kunyit
hati lembu masak black pepper
mee goreng
cucur udang
tembikai

air jagung & sarsi







huhuhu rindunya alahai
cepat sangat ramadhan berlalu
lepas ni kita akan rindukan suasana
berbuka puasa
makan sahur
solat terawih

Semoga tahun ini bukan ramadhan terakhir bagi kita
insyaallah kita akan jumpa lagi 
ramadhan tahun depan
2019

Welcome